Sorting by

×

SEWA DRON HARGA BERPATUTAN BANTU PESAWAH MELAKA

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Pengusaha tanaman padi seluruh Melaka kini boleh menyewa dron pada harga berpatutan menerusi perkhidmatan yang disediakan Pertubuhan Peladang Kawasan Melaka Tengah.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sewaan dron itu boleh digunakan untuk tujuan meracun, mengapur, membaja dan membenih petak sawah masing-masing.

Menurut beliau, perkhidmatan sewaan dron itu telah bermula sejak Jun 2024, dimana harga yang ditawarkan untuk aktiviti meracun adalah RM40 untuk satu ekar dan mengapur pada harga RM50 seekar.

“Untuk membaja pula, harga yang ditetapkan adalah RM15 untuk satu beg dan begitu juga membenih pada harga RM15 satu beg.

“Teknologi moden seperti dron ini amat diperlukan dalam sektor pertanian khususnya tanaman padi memandangkan sektor ini kebiasaannya tidak mempunyai tenaga kerja yang ramai.

“Jadi, kita percaya dengan adanya penggunaan teknologi masa kini untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Wira Lim Ban Hong (BN-Klebang) yang diwakili Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

202
Kongsi :
Previous post 185 ACARA PELANCONGAN WARNAI TMM2024
Next post MEMANGKIN PEMBANGUNAN TERANCANG, MEMBINA MASA DEPAN GEMILANG TEMA BAJET 2025 NEGERI MELAKA
Ubah saiz-+=