Setuju bentuk kerajaan perpaduan – Idris Haron
BANDAR MELAKA 5 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Datuk Seri Ir. Idris Haron bersetuju dengan pakatan harapan (PH) untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Melaka.
Beliau berkata demikian sejurus sebelum Speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN.
“Kami secara dasarnya bersetuju membentuk sebuah sebuah kerajaan berwibawa dan berkat. Kita dah setuju juga cadangkan dua wakil daripada 15 ADUN ini (11 ADUN pembangkang dan 4 ADUN tarik sokongan).
“Cadangkan iaitu Adly Zahari selaku Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH negeri dan ADUN Sungai Udang selaki wakil kepada empat ADUN (yang menarik sokongan) untuk mengadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam.
“Ia bagi menyampaikan hasrat dan pandangan kami bagaiamana untuk teruskan kesinambungan kerajaan negeri membela nasib rakyat,” kata bekas Ketua Menteri Melaka itu dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...