
Setiap papan tanda perlu ada tulisan jawi – KM
DURIAN TUNGGAL 19 Oktober – Kerajaan Negeri meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meletakkan tulisan jawi pada setiap papan tanda.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pelaksanaan itu bagi memastikan tulisan jawi terus diutamakan memandangkan ia juga bahasa kebangsaan Malaysia.
“Memang sebelum ini saya minta PBT pada papan tanda jalan atau lorong diletakkan sekali tulisan jawi dibawah tulisan rumi.
“Semuanya bagi memperkasakan tulisan jawi supaya warisan ini tidak terus ketinggalan di akhir zaman,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Peranti Siswa UTeM & Pelancaran Karnival Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat UTeM di Dewan Canselor UTeM di sini, hari ini.
Ujarnya lagi, di pejabat beliau sendiri juga menggunakan bahasa jawi di setiap papan tanda.

“Malah di pejabat saya, iaitu pejabat Ketua Menteri bawah tulisan rumi tetap ada tulisan jawi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.