Setia itu mahal – KM

Masa Membaca:52 Saat

SERI NEGERI 27 Julai – Peristiwa hitam kekalahan pada Pilihanraya Umum 14 (PRU) 14 dan pengkhianatan yang berlaku sehingga membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) banyak memberi pengajaran berharga.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, episod-episod duka seperti itu mengajar semua tentang erti dan nilai kesetiaan.

Katanya, walaupun pernah suatu ketika dirinya berada di kumpulan minoriti, beliau tetap setia dan tidak berganjak walau seinci untuk berhijrah sehinggalah takdir Allah SWT memberi peluang kepadanya mentadbir negeri ini.

Namun, sekali lagi dirinya diuji apabila kesepakatan yang dibina dikhianati sehingga membawa kepada PRN Melaka, November lalu.

“Syukur Alhamdulillah, peristiwa pilu itu tidak berpanjangan dan rupanya Allah SWT mahu menganugerahkan pelangi. Alhamdulillah Allah memberi kita kemenangan besar. Bukan dua pertiga tetapi tiga perempat.

“Kita akan pastikan peristiwa itu tidak akan berulang lagi. Daripada sibuk hal-hal sebegitu, adalah lebih baik kita fokus kepada agenda bantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

979
Kongsi :
Previous post Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan – TNB
Next post Jom ke Karnival Riuh Nau! minggu depan, himpun penggiat industri kreatif
Ubah saiz-+=