
Set alat tulis percuma untuk murid UPKK – Dr Akmal
MERLIMAU 22 November – Murid-murid yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada 28 November ini bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan diberikan satu set alat tulis secara percuma mulai esok.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pemberian alat tulis itu bagi membantu anak-anak yang akan menduduki ujian UPKK sekali gus membuat persediaan awal.
“Disebabkan UPKK akan bermula pada 28 November ini, maka abang nak hadiahkan set alat tulis kepada semua adik-adik dalam DUN Merlimau yang akan menduduki ujian tersebut pada minggu depan.
“Moga dengan set alat tulis ini dapat membantu adik-adik menjawab ujian dengan baik dan meringankan bebanan ibu bapa untuk membeli alat tulis, kita dah siap bungkus, esok kita datang bagi dekat sekolah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...