Sorting by

×

Sesi persekolahan bersemuka: Terengganu, Kelantan, Langkawi mula hari ini, Melaka bermula esok

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

KUALA LUMPUR 3 Okt – Sesi persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi hari ini, selepas kira-kira enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup berikutan penularan COVID-19.

Di Terengganu yang berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Langkawi di bawah gelembung pelancongan dengan mengikut ketetapan Fasa 4 PPN, pembukaan sekolah di kedua-dua lokasi itu melibatkan masing-masing 35,438 dan 2,159 pelajar dan murid.

Ini termasuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), murid berkeperluan khas (MBK) atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid prasekolah.

Sementara di Kelantan yang berada di Fasa 2 PPN, hanya calon STPM semester dua, murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan murid PPKI yang akan hadir ke sekolah.

Esok pula, sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula di Melaka, Pahang, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan dengan kehadiran pelajar mengikut Fasa PPN negeri masing-masing.

Pengoperasian semula sekolah di Langkawi melibatkan 25 sekolah rendah dengan 853 murid termasuk enam sekolah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta 19 prasekolah di sekolah berkenaan.

Baki 13 sekolah menengah dengan 1,306 pelajar di pulau itu yang dibuka hari ini, juga termasuk lima sekolah bagi PPKI (140 pelajar), dua sekolah untuk Tingkatan Enam semester dua (138 pelajar) dan enam sekolah dengan sistem penggiliran untuk Tingkatan Lima melibatkan 1,028 pelajar.

Pembukaan semula sekolah di Terengganu pula melibatkan 17,193 calon SPM, 4,873 calon STPM dengan 2,166 daripadanya pelajar Semester Dua dan 2,707 lagi pelajar Semester Satu.

Selain itu, seramai 2,566 murid berkeperluan khas (MBK) atau PPKI dan 10,806 murid prasekolah turut terlibat dengan pengoperasian semula sekolah di negeri tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

951
Kongsi :
Previous post Menara Taming Sari kembali ‘hidup’
Next post Remaja jantung injap lembu rayu bantuan
Ubah saiz-+=