
Seri Bendahara jadi tumpuan
AYER KEROH 5 Okt. – Kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, hari ini, menjadi tumpuan susulan kemelut politik yang berlaku sejak semalam.
Tinjauan Melaka Hari Ini sejak jam 10 pagi mendapati beberapa kenderaan dilihat memasuki Seri Bendahara.
Antara yang terlihat ialah kenderaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, selain dua lagi kenderaan yang dipercayai membawa pegawai tertinggi kerajaan negeri.
Namun, tidak dapat dipastikan butiran lanjut mengenai pertemuan di Seri Bendahara itu.
Difahamkan, pada malam ini bakal diadakan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka bertempat di kediaman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Masjid Tanah.
Semalam, Melaka digemparkan dengan kemelut politik apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Ketua Menteri.
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
ANTARA kenderaan yang dilihat memasuki Seri Bendahara, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...