SERANGAN LELAKI BERTOPENG: SUSPEK KELIMA DITAHAN MALAM TADI

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

JASIN 28 Ogos – Seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian serangan di hadapan sebuah premis gunting rambut di Taman Rim Baru sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut, berjaya dicekup polis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitendan Ahmad Jamil Radzi berkata, suspek kelima itu ditahan polis kira-kira jam 11 malam tadi.

“Suspek berusia 35 tahun itu ditahan di kawasan Jalan Bemban oleh sepasukan polis.

“Susulan itu, suspek hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin bagi permohonan reman dan perintah reman keatasnya dibenarkan selama tujuh hari sehingga 3 September,” katanya.

Menurut Ahmad Jamil, siasatan lanjut keatas kesemua lima suspek masih dijalankan selain gerakan memburu beberapa individu lagi masih diteruskan.

“Siasatan keatas kelima-lima suspek masih berjalan dan senjata yang digunakan dalam kejadian masih belum ditemui.

“Siasatan sama ada suspek ini ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap ataupun sebaliknya juga diteruskan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemandu jengkaut maut dipercayai ditetak sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai gunting rambut, di Rim, di sini, pada malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kumpulan lelaki terbabit turut bertindak mengejar mangsa yang dalam perjalanan Hospital Jasin bagi menerima rawatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

238
Kongsi :
Previous post PLANMALAYSIA PELAJARI BIDANG MEDIA DI MELAKA HARI INI
Next post MPHTJ PERKENAL BIL CUKAI DIGITAL TAHUN HADAPAN
Ubah saiz-+=