
Seramai 868,394 individu telah disampel untuk COVID-19
PUTRAJAYA 16 Julai – Seramai 868,394 individu telah disampel untuk COVID-19 di Malaysia setakat hari ini, iaitu bersamaan dengan 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan ujian di Malaysia adalah setanding dengan negara Korea Selatan iaitu 26.29 ujian bagi setiap 1,000 populasi.
Beliau berkata, negara jiran seperti Singapura pula mencatatkan 79.83 ujian bagi setiap 1,000 populasi; Vietnam (2.7 ujian) sementara Australia (114.15 ujian); New Zealand (87.54 ujian) dan Jepun (4.1 ujian).
Dalam pada itu katanya, data awal Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan, Malaysia menjalankan 1.57 juta ujian rt-PCR (Reverse Transcriptase – Polymerase Chain Reaction) dan RTK-Antigen, kerana terdapat individu yang memerlukan ujian ulangan.
“Kapasti makmal untuk persampelan di Malaysia bertambah sehingga 37,000 sampel sehari, namun kadar positif hanya 1.05 peratus. Ini bermakna hampir 99 peratus keputusan ujian COVID-19 yang telah dijalankan adalah negatif,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...