Sorting by

×

SERAH TAPAK BLOK WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL MELAKA OKTOBER 2025

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 21 November – Proses penyerahan tapak bagi projek pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak di Hospital Melaka dijangka dilaksanakan pada Oktober tahun depan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan pembinaan blok berkenaan tidak tertangguh lagi selepas proses penyerahan tapak dilakukan.

“Justeru kita telah mewujudkan satu ‘task force’ yang mana pada setiap bulan kita akan mengadakan mesyuarat bagi jawatankuasa pembinaan blok ini.

“Sekarang kita perlu menyelesaikan beberapa masalah teknikal termasuklah merobohkan blok lama di Hospital Melaka jika mahu membina bangunan yang baharu.

“Kita cuba selesaikan satu persatu kerana ia melibatkan banyak jabatan, sebab itu mesyuarat ‘task force’ diadakan bagi mengatasi masalah ini termasuk reka bentuk blok yang mengambil masa lama,” katanya ketika bersiaran pada Podcast Mana Lagi? Melaka Ler! di Studio Melaka TV.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata Kerajaan Negeri juga sedang berusaha untuk memohon pembinaan sebuah hospital baharu di kawasan Ayer Keroh.

“Sebelum ini Kerajaan Negeri ada mohon pembinaan hospital baharu di Ayer Keroh tetapi tidak diluluskan, cuma blok wanita dan kanak-kanak diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Penduduk di Melaka semakin bertambah jadi kita tidak dapat tampung lagi kepadatan penduduk ini, sebab itu Kerajaan Negeri berusaha untuk memohon lagi pembinaan hospital baharu itu,” katanya.

**Tonton video penuh di:

https://www.facebook.com/share/v/1888eQbw8R/

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

329
Kongsi :
Previous post MELAKA HERITAGE TREASURE HUNT 2024 TAWAR HADIAH BERNILAI RM10,000
Next post 30 SEKOLAH DI MELAKA SAHUT CABARAN KITAR SEMULA
Ubah saiz-+=