
Seorang wanita ditemukan lemas di Tasik Pandan Lake View
KUALA LUMPUR, 11 Februari – Seorang wanita berumur lingkungan 40an ditemukan lemas di Tasik Pandan Lake View, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 8.13 pagi tadi.
“Menurut saksi kejadian yang berada di kawasan tasik tersebut, mangsa dikatakan dalam keadaan tidak berpakaian, telah masuk ke dalam tasik dan dipercayai lemas.
“Mangsa itu kemudiannya telah ditemukan dengan bantuan pihak bomba selepas dua jam, tanpa berpakaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azam berkata tiada sebarang identiti ditemui bersama mangsa dan kemudiannya dihantar ke bahagian forensik Hospital Ampang untuk tujuan bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian.
Beliau menyeru masyarakat terutama dalam kawasan daerah Ampang Jaya sekiranya terdapat kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...