
Seorang pelajar lelaki lemas, mandi-manda bersama rakan di Tasik Cermin
SHAH ALAM, 14 Jan – Seorang pelajar Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah, Klang dekat sini ditemukan lemas ketika mandi bersama enam rakannya di Tasik Cermin, di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata susulan itu, seramai 11 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Kota Anggerik, digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian pada jam 12.30 tengah hari, pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Khairul Hamizan Mustapa, 16, yang disedari hilang oleh salah seorang rakannya,” katanya dalam kenyataan.
Norazam berkata mayat pelajar lelaki itu kemudiannya ditemukan di dasar tasik pada kedalaman lebih 3 meter kira-kira 4.5 meter dari tebing tasik berkenaan pada 2.15 petang.
“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam, di sini untuk bedah siasat,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...
BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DI MELAKA MENINGKAT TAHUN INI
AYER KEROH 29 April - Jumlah penerima bagi bantuan Pendidikan menerusi Bantuan Pakaian Sekolah (BPSR) dan Biasiswa Melaka tahun ini...