
Seorang pegawai kanan polis ditahan SPRM selepas disyaki meminta dan menerima rasuah
KUALA LUMPUR 19 Jun – Seorang pegawai kanan polis hari ini ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM20,000.
Pengarah SPRM Selangor,Datuk Alias Salim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata pegawai suspek berusia 40 tahun ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira 5.30 petang.
“Suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengadu sebagai balasan membantu dan mempercepatkan tuntutan bayaran insurans kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Alias berkata pegawai itu akan di bawa ke Mahkamah Majisteret Shah Alam 9 pagi esok bagi tujuan permohonan reman.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
BANJIR MELAKA: 225 MANGSA DIPINDAHKAN, 4 PPS KINI DIBUKA
AYER KEROH 6 Mac - Situasi banjir di Melaka semakin buruk apabila seramai 225 mangsa daripada 65 buah keluarga terpaksa...
MELAKA BAKAL TUAN RUMAH GLOBAL ESKOOTR CHAMPIONSHIP 2025
AYER KEROH 6 Mac - Melaka akan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan mikromobiliti (skuter elektrik) bersempena Global ESkootr Championship (eSC)...
34 KAWASAN DINAIKI AIR, TIGA PPS DIBUKA DI MELAKA
MELAKA 6 Mac - Hujan lebat sejak 11 malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka...
MPHTJ LANTIK 42 WARDEN TRAFIK
AYER KEROH 6 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melantik seramai 42 warden trafik bagi memperketat penguatkuasaan peraturan...
‘SYURGA’ KUIH RAYA RM10 DI KAMPUNG GANGSA
DURIAN TUNGGAL 6 Mac - Memulakan langkah dengan niat membantu golongan asnaf menjana pendapatan mendorong ibu kepada tiga anak membuka...
BANJIR: PPS SMK DANG ANUM, JASIN DIBUKA
AYER KEROH 6 Mac - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Jasin, susulan...