Sorting by

×

Seorang parah, dua cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 29 April – Tiga cedera termasuk seorang daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 199.4 Lebuhraya PLUS Arah Selatan sebelum Tol Ayer Keroh, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, seramai 25 anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 1.19 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat tiga kenderaan iaitu sebuah Toyota Altis, sebuah treler dan sebuah lori satu tan terbabit kemalangan dengan terdapat mangsa tersepit.

“Mangsa pertama ialah wanita berumur 45 tahun, dipercayai pemandu kereta yang tersepit dan mengalami kecederaan ringan diikuti mangsa kedua pemandu lori satu tan yang juga mengalami cedera ringan.

“Mangsa yang parah ialah kelindan lori yang juga tersepit di tempat duduk, manakala pemandunya tidak mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka menaiki jentera EMRS dan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap JBPM berkata, operasi menyelamat serta membersihkan sisa-sisa kemalangan mengambil masa lebih satu jam dan operasi tamat pada jam 3.03 pagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1427
Kongsi :
Previous post Riau, the Cradle of Malay Journalism: The Spirit of Syed Shaikh al-Hady
Next post Kes dera dua beradik: Polis tahan ibu kandung dan bapa tiri
Ubah saiz-+=