Seorang nelayan lemas, seorang hilang di perairan Pontian selepas keluar tangkap ikan
JOHOR BAHRU, 3 Jun – Seorang nelayan ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pontian, petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru, menerima laporan berhubung kejadian melibatkan dua nelayan tempatan itu yang didapati tidak pulang selepas menangkap ikan pada pukul 3.30 petang.
Beliau berkata Op Carilamat diaktifkan pada pukul 10.31 pagi tadi, dengan melibatkan tujuh aset daripada pelbagai agensi termasuk Zon Maritim Batu Pahat, sebelum menemui mayat salah seorang iaitu Mohd Khalid, 60, di kedudukan 3.2 batu nautika muara Sungai Pontian Besar pada 12.45 tengah hari tadi.
“Bagaimanapun, seorang lagi mangsa iaitu Abu Bakar Mohd, 56, masih lagi belum ditemui,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Nurul Hizam berkata Op Carilamat hari ini melibatkan pencarian seluas lima batu nautika daripada Pulau Pisang dan perairan Sanglang sehingga ke Tampok, Pontian yang turut dibantu komuniti nelayan setempat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...