
Seorang maut, tiga cedera dua tangki minyak mentah terbakar
SHAH ALAM 1 Mei. – Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera ringan apabila dua tangki minyak mentah terbakar di kilang Emery Oleo Chemical di Kawasan Industri Telok Panglima Garang hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.36 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Banting dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian.
“Mangsa maut ketika melakukan kerja kimpalan dan akibat letupan, beliau terjatuh dari aras tinggi lebih kurang 10 meter,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mengikut laporan, kebakaran itu menyaksikan dua tangki minyak mentah terbakar sebanyak 50 peratus dan terletak di kawasan kilang berkeluasan 100×100 kaki persegi.
Katanya pemadaman api selesai sepenuhnya pada 6.45 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...