Seorang maut, enam cedera van kilang terbabas ke dalam parit
SEREMBAN 25 Jun – Seorang pekerja kilang wanita maut manakala enam lagi cedera apabila van kilang yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit, di Kilometer 14 Jalan Labu Batu 8, dekat Seremban, pagi tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa S. Selvarani, 54, yang tersepit di tempat duduk belakang van berkenaan disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.01 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, terdapat tujuh mangsa terdiri daripada lima wanita dan dua lelaki di dalam van berkenaan dan anggota bomba kemudian membantu mengeluarkan kesemua mangsa manakala mangsa yang tersepit disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa lain menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA LAKSANA PEMUTIHAN NELAYAN, BATAL LESEN ‘ALI BABA’
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Kira-kira 20 peratus lesen nelayan di negeri ini dibatalkan Jabatan Perikanan Negeri Melaka menerusi pelaksanaan...
CABARAN PEWARIS NEGARA DAN MELAKA – KM
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, meluangkan masa untuk menyantuni calon peperiksaan Sijil...
BADAL HAJI UNTUK ALLAHYARHAMAH CIKGU DAHLIA
TANJUNG BIDARA 20 Disember - "Wang hasil manfaat insurans yang diterima ini saya akan gunakan bagi membiayai kos badal haji...
WARIS ALLAHYARHAMAN CIKGU DAHLIA TERIMA MANFAAT INSURANS LEBIH RM300,000
TANJUNG BIDARA 20 Disember - Waris Allahyarhamah Cikgu Dahlia Ahmad, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram yang meninggal dunia dalam kemalangan...
NAK ‘HEALING’ DI AYER KEROH? INI 5 LOKASI TERBAIK UNTUK ANDA
MAHU melakukan aktiviti sihat di kawasan yang tenteram dan mendamaikan? Ini lima di Ayer Keroh yang boleh menjadi pilihan anda:...
MCORP KOMITED TERAJUI PELABURAN MELAKA
AKTIVITI pelaburan di Melaka terus menjadi perhatian rentetan beberapa perancangan serta inisiatif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri yang diterajui Ketua...