
Seorang maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan
JASIN 28 November – Seorang maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah kereta di Kilometer (KM) 179.3 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Jasin menghala ke Tangkak, pagi ini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penolong Penguasa Bomba, Mohd Iskandar Ismail berkata mangsa yang maut merupakan seorang lelaki berusia 59 tahun.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.35 pagi tadi dan seramai sembilan anggota dari Balai Bomba Jasin Bestari telah tiba di lokasi kejadian pada jam 9.57 pagi.
“Laporan awal, kemalangan melibatkan tiga kenderaan, iaitu lori 3 tan, lori 1 tan dan sebuah kereta jenis Mercedes.
“Terdapat empat orang mangsa, seorang telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Manakala, dua mangsa cedera parah telah dihantar ke Hospital Tangkak dan seorang lagi mangsa tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Mispani Hamdan mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...