
Seorang mangsa tragedi bot terbalik di Teluk Batik meninggal dunia
IPOH, 29 Ogos – Seorang daripada mangsa kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung semalam, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan bahawa Nurulafiqah Abdullah Sani, 34, meninggal dunia pada pukul 4.58 pagi.
Beliau berkata laporan polis dibuat oleh suami Nurulafiqah pada pukul 6.05 pagi.
“Pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh kakitangan jururawat Hospital Seri Manjung mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, sembilan individu termasuk tujuh pelancong warga tempatan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Pantai Teluk Batik kira-kira sembilan meter dari pesisir pantai.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon dalam kenyataan semalam memaklumkan, dua mangsa terpaksa diberikan rawatan kecemasan iaitu seorang mangsa lelaki berusia 17 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dan Nurulafiqah.
Nurulafiqah kemudiannya di bawa ke Hospital Seri Manjung dan dirawat di Zon Merah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...