
Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat sindiket jual beli minyak sawit keladak
KUALA LUMPUR, 14 Mei – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki terlibat dengan sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak (minyak masak terpakai), yang melanggar syarat permit yang ditetapkan dalam serbuan di Sungai Buloh kelmarin.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata lelaki berusia 34 tahun itu, ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dan disiasat di bawah Peraturan 5 (1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 1998.
“Dalam serbuan itu, sebanyak 300 tan minyak masak terpakai yang dibeli daripada pengusaha restoran dan kedai makan sekitar Lembah Klang, dianggarkan bernilai RM1.5 juta turut dirampas,” katanya dalam kenyataan.
Hazani berkata dengan kejayaan operasi itu, JKDNKA bersama MPOB telah mengenal pasti modus operandi serta implikasi terhadap industri minyak sawit negara, di mana kawalan dan pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan melalui operasi bersama.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
