
Seorang lagi lelaki lemas di Melaka
KESIDANG 16 Jan – Selepas penemuan mayat lelaki di Sungai Melaka, seorang lagi ditemukan lemas di Sungai Malim berhampiran Taman ASEAN di sini pagi tadi.
Mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemukan pasukan bomba pada jam 10.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam memaklumkan kejadian itu.
Katanya, hasil hasil temubual saksi yang sedang memancing di kawasan berkenaan mendapati mangsa turun ke sungai terbabit hanya memakai seluar pendek tanpa mengetahui tujuan sebenar mangsa.

“Lebih kurang dua minit selepas itu, saksi mendapati lelaki terbabit telah lemas.
“Pasukan bomba memulakan proses pencarian pada jam 9 pagi sebelum menemukan mayat lelaki terbabit satu jam setengah kemudian pada jarak 15 meter daripada tebing sungai,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, beliau berkata pemeriksaan terhadap mangsa dan lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...
RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027
PAYA RUMPUT 14 Mac - Masalah hakisan yang membelenggu Pantai Puteri bakal berakhir apabila projek tambakan pantai peranginan itu bermula...
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...