Seorang cedera, 4 rumah rosak kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Penchala
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Seorang warga emas cedera manakala empat buah rumah rosak teruk dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Pelimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Khairul Azuwan Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 1.22 pagi tadi dan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail dan Sri Hartamas dikerah ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menghempap empat buah rumah kediaman. Seorang wanita berusia 70an didapati tertimbus hingga paras pinggang.
“Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khairul Azuwan berkata 35 anggota dikerah ke tempat kejadian termasuk anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam.
“Lokasi tanah runtuh berkenaan kini ditutup atas faktor keselamatan sementara pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja pemeriksaan bagi memastikan ia selamat,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MASYARAKAT KUALA LINGGI DAPAT LIMPAHAN W.R.U.R
KUALA LINGGI 18 Januari - Masyarakat majmuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mendapat pelbagai limpahan manfaat menerusi...
KAMPUNG DIGITAL MELAKA LENGKAP DALAM 6 BULAN
KUALA LINGGI 18 Januari - Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka akan lengkap dalam tempoh enam bulan, kata Ketua Menteri Datuk...
RUMAH KAHWIN MERCU EKONOMI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Rumah Kahwin berpotensi beri impak positif kepada ekonomi masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
GENG 04 ATAU 30 BERI RUANG ANAK JATI MELAKA BERBAKTI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penubuhan Geng 04 atau 30 iaitu kumpulan sukarelawan bencana dan gotong-royong bakal memberi pendedahan kepada...
‘BANTUAN INI BESAR MAKNANYA’
KUALA LINGGI 18 Januari - Riak ceria jelas kelihatan pada wajah 175 penerima sumbangan perayaan daripada Kerajaan Negeri sekali gus...
MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun...