Senyuman Siti Norsofia ‘pelaris’ martabak di bazar Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

JASIN 26 Mac – Menanam minat menebar martabak sejak usia muda, seorang gadis sanggup melupakan hasratnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi demi membantu keluarga menjual martabak sepanjang Ramadan.

Malah Siti Nursofia Zulkarnain, 20 yang sentiasa murah dengan senyuman tidak kekok berhadapan dengan pelanggan sehingga senyumannya itu menjadi pelaris jualan martabak di bazar Ramadan Bandar Jasin Bistari.

Anak keenam dari tujuh beradik ini mula menunjukkan minat menebar martabak sejak usia 14 tahun apabila dia mula membantu ibunya di warung.

“Saya turut dibantu oleh dua lagi kakak untuk berniaga di bazar Ramadan sepanjang bulan Ramadan ini.

“Sejak tingkatan dua saya sudah minat menebar martabak, sebab itu sehingga sekarang emak memberi kepercayaan untuk ambil alih tempatnya.

“Dulu lepas waktu sekolah selalu tolong mak di warung, lepas habis tingkatan lima saya terus kerja dengan mak di warung di Kampung Pulai, Jasin,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di bazar Ramadan berkenaan di sini, hari ini.

EB6D2DDE-5911-4E6A-9E93-2851EFA673DE
Siti Norsofia melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai martabak di Bazar Ramadan Jasin Bistari

Katanya sentiasa mendapat sokongan daripada ibunya sejak sekolah kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang perniagaan.

“Mak memang tiada halangan sebab dia nampak minat saya ke arah ini, sebab itulah saya gantikan tempat dia sekarang.

“Saya tak sambung belajar sebab terus tolong mak dekat warung, banyak kali juga buat tak jadi, tapi saya tak putus harapan.

“Pernah orang tanya macam mana boleh pandai menebar roti, saya cakap selagi minat pasti boleh berjaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5671
Kongsi :
Previous post JKM perlu nilai laporan pihak berkuasa sebelum tempatkan tiga beradik didera – Nancy
Next post Bengkel motosikal tawar ‘tayar Rahmah’ RM5
Ubah saiz-+=