Sorting by

×

Sentuhan 14 pereka fesyen di SDG in Style

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PERINGGIT 12 November – Pembukaan pertunjukan fesyen SDG in Style, yang menampilkan busana sentuhan pereka terkenal tanah air, berlangsung meriah, petang tadi.

Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley berkata, pertunjukan fesyen selama dua hari yang berakhir esok, dianjurkan Straits Designers Gallery (SDG) akan menampilkan 14 pereka fesyen.

Katanya, selain pertunjukan, turut diadakan pameran fesyen yang berlangsung lebih awal iaitu bermula sejak 8 November dengan mempamerkan ciptaan pereka tempatan.

“Fesyen tanah air kita mempunyai banyak potensi untuk diperagakan ke semua lapisan masyarakat dan di mata dunia, telahpun terbukti.

“ADG in Style yang berlangsung ini turut memberikan anda semua sedikit gambaran mengenai pakaian rekaan ‘haute-couture’ yang unik hinggalah ke ‘ready-to- wear’ yang direka khas oleh pereka tempatan kami,” katanya.

Ujarnya, inisiatif ini adalah untuk memberi sokongan kepada pereka dengan menyediakan lebih banyak pendedahan dengan niat untuk melonjakkan Melaka ke arah Milan di Asia Tenggara.

Terdahulu, pembukaan pertunjukan fesyen itu yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di Taman Lagenda, di sini, turut diserikan dengan kehadiran Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman.

Pada pertunjukan itu, sebanyak 56 busana hasil rekaan pereka fesyen tanah air, antaranya Yani Bakthiar, Amin Jauhary, Suliani dan Bill Keith diperagakan.

Manakala, pada esok, sebanyak 56 busana lagi akan diperagakan hasil daripada tujuh lagi pereka antaranya Faramas, Baqo, Arni serta Sri Candy.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4773
Kongsi :
Previous post Laptop percuma bukan ‘janji kayangan’, tapi mampu direalisasikan
Next post Festival Keris Antarabangsa Melaka martabat warisan Melayu
Ubah saiz-+=