SENARIO TERHARU, SAMBUTAN PEMINAT LUAR BIASA

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA, 2 September – Persembahan Senario Union yang menampilkan Saiful Apek, Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, Ilya dan Yassin, dapat sambutan luar biasa di Panggung Bangsawan semalam.

Salah seorang anggota Senario Union, Muhammad Azlee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Azlee, dia bersama rakan-rakan menyatakan rasa gembiranya selepas tiket jualan persembahan mereka habis terjual.

“Kami rasa amat gembira selepas dapat sambutan luar dugaan, terima kasih buat orang-orang Melaka dan seluruh yang hadir, ada dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Sudah tentu, kami berpuas hati sebab kami dapat menghiburkan peminat-peminat Senario dan paling penting, terima kasih kepada Panggung Bangsawan yang hadirkan kami ke Melaka,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Persembahan Senario Union di Panggung Bangsawan, semalam.

Jelasnya, persembahan kali ini agak janggal kerana ketiadaan Allahyarham Hamdan Ramli yang meninggal dunia pada 5 Januari lepas.

“Sebenarnya Senario ada kekuatan masing-masing, bila Allahyarham Hamdan tiada, kami rasa kehilangan satu kekuatan.

“Walaubagaimanapun, Allah lebih sayangkan Allahyarham (Hamdan), kami reda dengan pemergian Allahyarham dan kami akan teruskan perjuangan karier Senario,” katanya.

Bagi Mazlan Ahmad atau dikenali sebagai Lan Pet Pet, dia terharu kerana dapat beraksi bersama kembali dengan rakan-rakannya dan usaha ‘comeback’ mereka ini adalah ikhlas dari hati mereka.

“Saya rasa terharu kerana dapat bersama sahabat-sahabat saya dan kami menjadi pelawak ikhlas kerana Allah SWT.

“Mungkin selepas ini kami akan buat filem, album dan konsert, namun kami berserah pada Allah SWT,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

161
Kongsi :
Previous post LAKSANA PROGRAM DI LUAR BANDAR, DEKATKAN RAKYAT DENGAN PEMIMPIN
Next post PERMATANG DUYONG JADI HAB PENDIDIKAN
Ubah saiz-+=