Senang bersama Hooneymommy

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat
SITI Hamizah menunjukkan antara produk yang dijualnya.

DUYONG 13 Julai – Segala-galanya hadir tanpa terduga, Siti Hamiza Abu Bakar,31 tidak menyangka kejayaannya menjadi ‘top leader’ bagi rangkaian produk Hooneymommy mampu mengubah kehidupannya.

Malah, hasil jualan produk bayi yang kini mencecah sehingga RM50,000 sebulan itu mampu membantu suaminya membina rumah pertama di Umbai.

Menurut Siti Hamiza, segala-galanya bermula ketika anak keduanya mengalami selesema berpanjangan sebelum dia bertemu iklan pencarian ‘dropship’ di Facebook Hooneymommy kira-kira setahun lalu.

Menceritakan semula bagaimana dia mengenali produk Hooneymommy, dia berkata ketika itu anak keduanya, Siti Shashah Amanda Muhammad Irwan Shah berusia setahun mengalami selesema berpanjangan.

“Selepas bertemu dengan pengasas Hooneymommy, Puan Fisha, dia menjelaskan mengenai kandungan produk yang menggunakan 100 peratus bahan semula jadi sebelum dia sendiri memberikan set percubaan iaitu mandian dan balsam bayi untuk kegunaan anak.

“Saya sapu setiap hari dan dalam tempoh sebulan, anak saya mampu tidur lena dan selesa setiap malam.

“Malah, suami dan ibu turut menggunakan produk sama sekiranya mengalami sakit kepala dan selesema akibat demam,” katanya yang sudah memiliki 30 agen jualan di bawah kendaliannya.

Mengulas lanjut, Siti Hamiza berkata keberkesanan produk dalam tempoh yang singkat itu membuatkannya untuk terus meyakinkan orang ramai mengenai manfaat kedua-dua produk itu.

“Dalam tempoh satu tahun, saya yang hanya seorang surirumah mampu membantu suami dengan memberikan wang tunai RM30,000 untuk membina rumah pertama di tanah kami sendiri di Umbai.

“Alhamdulillah, meskipun baru lagi dalam bidang ini saya bangga kerana dapat membelikan ibu gelang emas selain memberikan ganjaran emas kepada lima agen di bawah saya,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Bagi mencapai kejayaan lebih besar, Siti Hamiza mengharapkan wanita di luar sana untuk terus memasang impian untuk berjaya meskipun hanya suri rumah

Sudah menjadi kebiasaan dalam perniagaan ada pasang surutnya, Siti Hamiza mahu semua agen di bawahnya terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

“Saya, malah pengasas sendiri memberikan latihan dan berbincang seperti sebuah keluarga untuk memastikan jualan mencapai sasaran dan yang paling penting memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk Hooneymommy,” katanya.

Wanita di luar sana yang mahu berjaya bersama Hooneymommy boleh menghubungi Siti Hamizah di talian 012-5287794.

Views:

602
Kongsi :
Previous post Dewan Rakyat lulus usul pengosongan jawatan Yang Dipertua
Next post RM499,060 rampasan tidak sampai tujuh bulan
Ubah saiz-+=