Semua sekolah di Melaka perlu dapat pengiktirafan ‘Green Flag’ – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 10 Disember – Semua sekolah di negeri ini disasarkan akan mendapat pengiktirafan ‘Green Flag’ menerusi Program Eco-Schools Melaka menjelang tahun 2035.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata setakat ini hanya 17 buah daripada 131 sekolah yang berdaftar telah menerima pengiktirafan itu.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, hasrat kita ingin memastikan Melaka terus cemerlang dalam inisiatif hijau termasuk penglibatan semua sekolah.

“Kalau kita dapat pupuk minat anak-anak ini sejak kecil tentang inisiatif hijau, kita akan dapat lihat satu komuniti atau masyarakat yang faham tentang insiatif ini di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malam Anugerah Hijau Negeri Melaka Tahun 2022 mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) di sebuah hotel, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PTHM Datuk Wira Dr. Abu Bakar Md Diah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman; Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri, Khairuladha Ab Mutalib dan lain-lain kenamaan.

Katanya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga perlu mempunyai insiatif dalam mengadakan program Eco-Schools tersebut.

“Saya rasa ia perlu diperkasakan lagi, bukan sahaja di peringkat sekolah itu sendiri, tetapi ada satu insiatif daripada jabatan pendidikan sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2303
Kongsi :
Previous post 1,000 peserta berbasikal keliling Melaka esok
Next post Penduduk Rantau Panjang berjaga-jaga Sungai Golok melepasi paras bahaya
Ubah saiz-+=