Sorting by

×

SEMUA PBT DISARAN PERGIAT AKTIVITI CSR

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PAYA RUMPUT 9 Februari – Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini disaran untuk mempergiatkan lagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama komuniti setempat.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, aktiviti mendekati masyarakat itu boleh dijayakan menerusi kerjasama pihak swasta atau Pertubuhan bukan  kerajaan (NGO)

Katanya, sebagai contoh CSR penyerahan bantuan persekolahan bersama syarikat swasta atau NGO di setiap PBT akan menyuburkan dan memupuk keharmonian di negeri ini.

“Contoh di Melaka kita ada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang mana setiap PBT ini akan mengadakan CSR dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

“ Namun, kita galakkan untuk terus pergiat kerjasama dengan untuk menjayakan CSR ini menerusi kerjasama pelbagai pihak agar hasrat untuk membantu mereka memerlukan sampai hingga ke akar umbi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Jom Ke Sekolah Tahun 2025 di Stadium Hang Jebat, di sini, semalam.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman dan Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr. Mustafa Muhammad Baboo.

Terdahulu pada majlis tersebut, seramai 200 penerima terdiri daripada anak-anak warga bandaraya daripada tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan pentadbiran MBMB menerima sumbangan barangan persekolahan beserta RM150 setiap seorang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

64
Kongsi :
Previous post RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA MELAKA DI LOKASI BERBEZA SETIAP TAHUN
Next post KLEBANG DICADANG LOKASI RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA 2026