
Semua mangsa terperangkap di air terjun sudah diselamatkan – Bomba
ASAHAN 16 Mei – Semua mangsa yang terperangkap akibat arus deras berikutan kejadian kepala air di kawasan rekreasi Air Terjun Laman Tiga budaya, di sini, hari ini, berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.
Jurucakap JBPM Melaka memaklumkan, jumlah keseluruhan mangsa adalah 80 orang dan bukannya 70 seperti maklumat awal diterima.
“Laporan terkini memaklumkan semua mangsa yang sebelum ini terperangkap sudah dibawa turun setakat ini tidak ada yang mengalami kecederaan serius,” katanya.
Terdahulu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1 tengah hari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...