Semua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang

Masa Membaca:38 Saat

AYER KEROH 19 September – Kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di negeri ini tutup sepenuhnya, petang ini.

Kedua-dua PPS terbabit iaitu PPS Balai Raya Bukit Tambun dan PPS Balai Raya Bukit Balai ditutup pada jam 2 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Melaka berkata, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaan banjir di kediaman mereka pulih sepenuhnya.

“Susulan hujan lebat awal pagi semalam, seramai 29 mangsa yang terdiri daripada sembilan keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS.

“Kedua-dua PPS itu dibuka petang semalam pada jam 3 petang diarahkan pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, susulan cuaca hujan lebat kira-kira jam 3.30 pagi Ahad, 22 kawasan membabitkan tiga daerah di negeri ini terjejas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2293
Kongsi :
Previous post SK Tanjung Minyak 2 hasilkan pengasah mesra alam
Next post RM291.4 juta peruntukan untuk bomba naik taraf fasiliti, tambah aset
Ubah saiz-+=