
SEMUA KAUNTER SAMB BUKA WAKTU REHAT BERMULA ESOK
AYER KEROH 30 September – Semua kaunter Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) seluruh Melaka akan dibuka pada waktu tengah hari bermula esok, selaras saranan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Ketua Pegawai Kewangan SAMB, Hanim Ghauth berkata, inisiatif itu bakal memudahkan lagi urusan rakyat Melaka kerana sebelum ini hanya kaunter perkhidmatan di Wisma Air SAMB, Jalan Hang Tuah sahaja yang beroperasi pada waktu tengah hari.
Jelas beliau, inisiatif itu akan diperluas ke kaunter perkhidmatan SAMB yang lain di daerah Jasin, daerah Alor Gajah, Masjid Tanah dan Merlimau.
“Sebelum ini kita tidak dapat teruskan operasi pada waktu rehat tengah hari di kaunter selain Wisma Air SAMB berikutan kekangan sumber manusia.
“Bagaimanapun kita cuba lakukan yang terbaik dan bermula esok semua kaunter SAMB akan dibuka seperti biasa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Hanim berkata, pihaknya akan melaksanakan sistem penggiliran pada waktu rehat bagi memastikan pelanggan tidak menunggu lama bagi menyelesaikan urusan selain memberikan keselesaan kepada kakitangan bertugas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...