
Semoga TUDM terus jadi kuasa udara disegani – PM Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 1 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus menjadi kuasa udara yang disegani, dihormati dan kental dalam melindungi sempadan negara.
Menerusi catatan di akaun Facebook hari ini Perdana Menteri mengucapkan Selamat Menyambut Hari TUDM ke-64.
“Kuasa pelindung kedaulatan negara, pertaruhkan nyawa demi Keluarga Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya.
Ismail Sabri menyifatkan jasa dan pengorbanan warga TUDM amat besar, selain veteran TUDM yang banyak menabur bakti demi keamanan hari ini.
“Selamat Hari TUDM, Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...