Sorting by

×

Sembilan warga China ditahan dalam Op Pelican

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

MELAKA 30 April. – Sembilan warga China termasuk empat wanita diberkas dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pinjaman wang, dalam serbuan serentak di tiga rumah banglo di Alai Perdana kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri Superintendan E Sundra Rajan berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu ditahan dalam Op Pelican.

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan E Sundra Rajan

“Siasatan awal mendapati kegiatan terbabit mulai aktif sejak Februari lalu dengan menyasarkan mangsa dari China yang dicari menerusi media sosial dengan menawarkan pinjaman wang kepada mangsa.

“Kesemua suspek turut berperanan mencari mangsa dan ditawarkan gaji bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 namun sehingga kini mereka masih belum menerima apa-apa bayaran gaji,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Sundra berkata dalam serbuan oleh Bahagian Risikan Operasi JSJK itu turut merampas 14 telefon bimbit pelbagai jenama, enam pasport dan satu unit monitor komputer berserta satu papan kekunci.

WANG tunai, pasport dan telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan Op Pelican. Foto PDRM.

 

Katanya pihaknya turut merampas sebuah buku skrip dalam bahasa Mandarin yang digunakan untuk menipu mangsa dan wang tunai berjumlah RM31,850.

“Kesemua mereka telah ditahan dalam lokap Balai Polis Banda Hilir dan Balai Polis Tengkera serta ditahan reman selama empat hari bermula semalam (29 April). Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menipu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

779
Kongsi :
Previous post Bazar ditutup: Melaka terselamat, tapi jangan ambil mudah
Next post Lima premis dipotong bekalan elekrik, disyaki jalankan judi haram
Ubah saiz-+=