Semarak merdeka dari Kuala Linggi hingga Sungai Rambai – KM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyeru semua rakyat Melaka bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan.

Beliau berkata, rakyat dari utara Melaka iaitu di Kuala Linggi, hinggalah ke selatan negeri ini di Sungai Rambai perlu bersama-sama menunjukkan semangat patriotik.

Menurut beliau, tahun ini, Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir pada 31 Ogos ini.

“Demi menyemarakkan lagi Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ini, saya menyeru seluruh rakyat di Negeri Melaka, bermula dari hujung Kuala Linggi sampai ke Asahan, membawa ke sempadan Johor di Sungai Rambai, menyambut detik kemerdekaan negara tercinta.

“Kita perlu berbangga menjadi rakyat Melaka yang menurut catatan sejarah, di Melaka iaitu di Padang Banda Hilir atau kini Dataran Pahlawan terciptanya sejarah penting kemerdekaan negara yang diisytiharkan pada 20 Februari 1956, disambut dengan kemeriahan dan kesyukuran oleh hampir 100,000 lautan manusia ketika itu.

“Lantaran demikian, saya pinta, marilah kita kukuhkan semangat perpaduan dan kebersatuan dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum di negeri dan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ucapan Taat Setia Ketua Menteri Melaka Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri ke-74 Tahun 2023, di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1836
Kongsi :
Previous post Noktahkan miskin tegar di Melaka
Next post Tiang lampu pintar dimensi baharu Melaka
Ubah saiz-+=