Semangat Koperal Siti Nor Maslinda

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

HANG TUAH JAYA 15 November – Meskipun lumpuh separuh badan dan perlu menggunakan kerusi roda bagi menunaikan tanggungjawab, itu tidak mematahkan semangat Koperal Siti Nor Maslinda Nordin, hadir ke pusat mengundi bagi proses pengundian awal, hari ini.

Siti Nor Maslinda, 43, tiba di pusat mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, kira-kira jam 8.15 pagi.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, akibat kemalangan pada 2009, dia lumpuh separuh badan dan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bertugas di Balai Parit, Bandar Sri Iskandar, Perak, apabila kereta dipandu terbabas.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang, ketika selesai bertugas. Mungkin ketika itu kepenatan kerana sehari sebelum itu saya ada pertandingan bola jaring,” katanya.

Menurutnya, meskipun pergerakannya tidak selincah dulu namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat dan mencurah bakti kepada PDRM.

“Saya berpindah ke IPK Melaka pada 2020 dan kini sudah 24 tahun saya berkhidmat. Kini saya bertugas di Bahagian Perlesenan,” katanya.

Terdahulu, turut hadir ke pusat pengundian awal bagi melihat perjalanan proses pengundian calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1761
Kongsi :
Previous post 9,570 tentera, pasangan di Kem Terendak dan Kem Sungai Udang tunai tanggungjawab
Next post 2,504 pegawai dan anggota polis Melaka undi awal
Ubah saiz-+=