Sorting by

×

Semakin ramai anak muda sertai ibadah korban

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TELOK MAS 18 Jun – Ibadah korban di Surau At-Taqwa, Taman Jaya, Padang Temu, di sini, semakin meriah dengan pelibatan lebih ramai golongan belia di kawasan berkenaan.

Program anjuran bersama Surau At-Taqwa dan Persatuan Penduduk Taman Melayu Jaya (PPTMJ)  itu telah menumbangkan tiga ekor lembu dan dua ekor kambing bersempena Aidiladha tahun ini.

Pengerusi Surau At-Taqwa Razak Mohd berkata, tahun ini merupakan tahun kelima ibadah korban dianjurkan di surau berkenaan.

Namun, katanya, kali ini lebih istimewa dan meriah dengan penglibatan lebih ramai penduduk taman, khususnya anak muda.

“Alhamdulillah, kali ini lebih ramai belia terlibat sama dalam aktiviti gotong-royong menumbang dan melapah daging korban bersama mereka yang lebih berumur.

“Kita bersyukur ibadah kali ini dapat dijayakan dengan sebaiknya hasil sumbangan lembu dan kambing daripada PPTMJ dan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PPTMJ Shafie Md Yasin meluahkan rasa syukur kerana buat pertama kali Taman Melayu Jaya dapat menganjurkan ibadah korban bersama Surau At-Taqwa.

“Sambutan dalam kalangan penduduk taman dan anak muda sangat baik dan kita berharap dapat bersama lagi menyertai ibadah korban untuk tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya,” katanya.

Sebaik selesai ibadah korban tersebut, sebanyak 300 pek daging telah diagihkan kepada penduduk Taman Melayu Jaya, Taman Jaya dan asnaf di sekitar Padang Temu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

342
Kongsi :
Previous post Pameran Hang Tuah ‘buka mata’ murid, pelajar sekolah
Next post Muafakat Aidiladha masyarakat DUN Tanjung Bidara
Ubah saiz-+=