Semai rasa cinta pada busana klasik

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

BANDA HILIR 21 Julai – Busana klasik yang menjadi identiti budaya dan warisan Melaka perlu terus diketengahkan agar ia tidak luput ditelan zaman.

Seorang anak jati Melaka Muhammad Najman Govind Abdullah 40, berpendapat, rakyat tidak perlu berasa canggung untuk menggayakan pakaian warisan dalam apa jua majlis kerana ia berupaya menyerlah dan mengangkat kepelbagaian yang ada di negeri ini.

Dia yang juga naib juara Pesta Kebaya dan Busana Klasik sempena sambutan Melaka Heritage Festival 2024 di perkarangan Bangunan Stadthuys sebelum ini mengakui bangga apabila dapat mengetengahkan busana tradisi India meskipun sudah memeluk agama Islam.

“Saya rasa bangga dan mahu menunjukkan kelainan, kerana Malaysia khususnya Melaka ini mempunyai pelbagai kaum dan saya sebagai mualaf India bangga dapat menggayakan pakaian tradisi yang selalunya hanya dipakai pada musim perayaan.

“Pada saya, penganjuran pesta seumpama ini dapat menanam dan menyemai rasa cinta pada bangsa, budaya seterusnya mengangkat tinggi martabat warisan kita,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20240721 160454 547
MUHAMMAD Najman Govind Abdullah menunjukkan busana klasik India yang dimilikinya. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Reaksi sama turut dilontarkan Nurul Nabila Maarof, 26, yang mempunyai darah kacukan Baba Nyonya Melaka.

Jelasnya, penganjuran pertandingan berunsurkan pakaian klasik dan tradisi wajar diteruskan pada masa-masa mendatang bagi memastikan seni warisan budaya itu terus mekar di Negeri Melaka yang terkenal sebagai negeri bersejarah.

“Memang dari kecil kita sudah pakai kebaya Baba Nyonya sebab boleh dikatakan ini tradisi keluarga juga, jadi bila ada pertandingan seperti ini kita jadi tidak canggung untuk menggayakan.

“Pada saya busana klasik ini perlu selalu dipakai dan pertandingan seumpama ini di lokasi bersejarah pula, ia sepatutnya dijadikan acara tahunan,” katanya yang mengenakan busana kebaya merah jambu bermotif bunga dengan padanan kain sarung batik.

Img 20240721 160634 352
NURUL NABILA

Sementara itu, Siti Sakina Hassan, 43, pula bertekad untuk terus mempamerkan keindahan budaya Melaka menerusi busana klasik dalam memastikan keunikan yang ada kekal terpelihara.

“Pada saya dengan mengenakan busana ini (kebaya) beramai-ramai pada acara seperti ini mampu menyemai rasa cinta pada keunikan yang ada di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

145
Kongsi :
Previous post 30 peserta timba ilmu asas sembelihan halal
Next post Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak perempuan hilang
Ubah saiz-+=