Sorting by

×

Selesaikan isu projek gajah putih sebelum TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 12 Mei – Kerajaan Negeri akan menyelesaikan isu projek gajah putih khususnya yang melibatkan lokasi tumpuan pelancong menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, antaranya yang akan diselesaikan segera adalah monorel di Stesen Tun Ali dan siar kaki di The Shore Shopping Gallery.

Katanya, tindakan penyelesaian yang bakal diambil nanti akan dibincangkan terlebih dahulu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas dinilai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit.

“Saya yakin, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ada penilaian tersendiri mengenai projek gajah putih di negeri ini.

“Apa juga ‘outcome’ daripada penilaian nanti akan dibincangkan lebih lanjut dan ketika ini saya lebih memberi tumpuan kepada projek terbengkalai melibatkan kawasan-kawasan tumpuan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Projek /Program Terbaik dan Kajian Penilaian Outcome Terbaik di sebuah hotel, di sini hari ini.

“Saya difahamkan isu monorel kini dalam peringkat penyelesaian di mahkamah, membabitkan syarikat yang menguruskan monorel berkenaan. Secara ‘details’ (butiran terpeinci) isu monorel ini saya belum terima, namun ia adalah projek di bawah PBT.

“Kita sedang melihat daripada sudut perundangan bagaimana hendak menguruskannya dalam memastikan wang rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja,” ujarnya.

Ends//

Pix 1.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1703
Kongsi :
Previous post Mudir, warden disyaki lakukan amang seksual, dera pelajar tahfiz
Next post Projek jalan mendap tuah buat PDTAG
Ubah saiz-+=