
Selesai aduan rakyat fokus utama MPHTJ
AYER KEROH 21 Februari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mahu aduan rakyat diberikan keutamaan supaya segala permasalahan dapat diselesaikan segera.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron turut menegaskan kakitangannya supaya lebih efisien menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan pentadbirannya.
“Saya arahkan agar aduan rakyat diberi keutamaan dan kakitangan perlu lebih efisyen menyelesaikan permasalahan rakyat dalam kadar segera.
“Saya juga mahu kakitangan menitik beratkan aspek kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran dalam pentadbiran MPHTJ,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu Sapiah menghadiri Perhimpunan Bulanan MPHTJ bagi bulan Februari 2023 anjuran Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MPHTJ di MPHTJ pagi tadi.
Perhimpunan itu juga turut meraikan warga kerja MPHTJ yang menerima Anugerah Pekerja Berprestasi Tinggi Bulanan dari bulan Oktober 2022 sehingga Januari 2023.
Turut hadir Ketua Whip Ahli Majlis MPHTJ Clr Rosli Md Nor.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.