Selepas ‘bot cinta’ Melaka akan perkenal ‘bot loncat-loncat’ – KM
PENGKALAN RAMA 12 Dis – Selain produk Bot ‘Everlasting Love’ atau bot cinta, Melaka River Cruise (MRC) akan memperkenalkan satu lagi tarikan terbaharu untuk pelancong tidak lama lagi.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, tarikan terbaharu itu dikenali sebagai ‘bot loncat-loncat.
Jelasnya, bot loncat-loncat itu merupakan satu perkhidmatan yang berfungsi seakan ‘teksi air’ yang bakal memberikan kemudahan buat setiap pengunjung untuk bergerak dari satu destinasi ke ke destinasi lain sejauh 10 kilometer dalam jajaran Sungai Melaka.
“Saya yakin dan percaya, perkembangan pesat sektor pelancongan ini akan memberi limpahan manfaat bukan sahaja kepada pengusaha hotel dan pengusaha produk pelancongan, bahkan kepada penarik beca, penjual kraf tangan, pemandu teksi, pengusaha
restoran serta peniaga warung.
“Sesungguhnya, ini merupakan usaha dan aku janji pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan manifesto yang ditawarkan tempoh hari dapat dinikmati rakyat demi kemakmuran ekonomi Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pakej Everlasting Love Melaka River Cruise anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di Taman Rempah, malam ini.
Hadir sama Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPMÂ Datuk Murad Husin dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.