Selenggara parit atasi banjir di Kampung Pulai
SERKAM 7 Julai – Bertindak atas aduan orang awam dan penduduk kampung, kerja-kerja pembersihan parit di Jalan Haji Ali ke Jalan Tok Pipah di Kampung Pulai, di sini, dijalankan dengan segera.
Setiausaha JAPERUN Serkam Roslan Abdul berkata, kerja-kerja tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka.
“Berdasarkan aduan, penduduk mendakwa parit ini antara punca menyebabkan banjir hingga menjejaskan mereka, susulan itu kerja penyelenggaraan dilakukan segera.
“Kerja pembersihan bermula 4 Julai lalu, bagi memastikan aliran air lancar dan tidak lagi melimpahi tebing jika berlaku hujan lebat,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).
Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan juga sudah dimaklumkan berhubung perancangan untuk mengatasi masalah di kawasan itu.
“Datuk Zaidi juga ada mencadangkan beberapa penyelesaian bagi mengatasi masalah ini, namun kita jangka akan laksanakannya selepas kerja-kerja penyelenggaraan parit ini selesai.
“Difahamkan perancangan tersebut hanya menunggu untuk dilaksana sekiranya peruntukkan daripada kerjaan negeri diluluskan, namun buat masa ini kita selenggara secara berkala parit-parit sekitar kampung yang antara punca berlaku banjir,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...
GADEK HOTSPRING LAIN DARI YANG LAIN – PENGUNJUNG
GADEK 22 Januari - Kompleks Air Panas Gadek yang kini dikenali sebagai Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort telah dilancarkan...
RESTORAN TERAPUNG MENDAM BERAHI PPSPM BEROPERASI FEBRUARI DEPAN
BANDARAYA MELAKA 22 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal melancarkan Restoran Terapung Mendam Berahi (RTMB) dalam...
DUA NELAYAN TELOK MAS HILANG 7 HARI DITEMUI SELAMAT DI DUMAI
TELOK MAS 22 Januari - Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat ikan di perairan Pulau Undan pada 15...
PEMBUKAAN SEMULA ‘KOLAM AIR PANAS GADEK’ BERI LIMPAHAN EKONOMI SETEMPAT
GADEK 22 Januari - Gadek Hotspring Wellness dan Spa Resort atau dahulunya dikenali Kolam Air Panas Gadek bakal menjadi antara...