
Selamatkan makanan tidak habis dijual
AYER KEROH 21 Mac – Kempen Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran sempena Ramadan berjaya menyelamatkan sebanyak 570.56 kilogram (kg) makanan dan minuman tidak terjual di tiga bazar Ramadan di negeri ini.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka, Nor Zaki Md Nor berkata, jumlah itu adalah bagi tempoh 16 hingga 20 Mac.
Nor Zaki berkata, kempen itu dilaksanakan di Bazar Ramadan Peringgit, Jasin Bestari dan Alor Gajah dengan penyertaan 182 atau lebih 60 peratus daripada keseluruhan peniaga di ketiga-tiga lokasi.

“Setiap hari bermula jam 7.10 malam sukarelawan akan turun ke bazar berkenaan untuk mencari peniaga berminat untuk turut serta dalam program ini.
“Sukarelawan akan kumpul makanan dari gerai peniaga yang bersetuju, seterusnya diagihkan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) terlibat. Namun sebelum diagihkan kami akan pastikan makanan dan minuman masih dalam keadaan elok,” katanya.
Katanya, sukarelawan adalah dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu Melaka, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
