
Sektor pembuatan di Melaka akan terus diperkukuh – KM
AYER KEROH 13 Dis – Sektor ekonomi khususnya dalam bidang pembuatan akan terus diperkukuh, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Kata-kata itu dizahirkan selepas beliau menerima kunjung hormat daripada delegasi Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) di pejabatnya hari ini.
Kunjung hormat itu diketuai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB Madoka Chujo.
“Pertemuan ini membawa aras baharu hubungan yang sedia erat antara Kerajaan Negeri Melaka dan HMSB.
“Saya yakin dan percaya sektor ekonomi khususnya dalam bidang pembuatan akan diperkukuhkan khususnya bagi Negeri Melaka,” katanya.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Kamel Mohamad, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Maslina Baki serta Presiden dan Ketua Pegawai Operasi HMSB Sarly Adle Sarkum.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...