Sorting by

×

Sektor pelancongan kena bersedia pada bila-bila masa – KM

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

TEHEL 25 Sept. – Pemain sektor industri pelancongan negeri diminta bersiap sedia untuk beroperasi pada bila-bila masa sebaik sahaja Putrajaya mengumumkan pembukaan sektor pelancongan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, kebenaran itu akan diumumkan jawatankuasa di peringkat Pusat apabila mencapai kadar vaksinasi 90 peratus di peringkat nasional, mengikut piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya minta sektor industri pelancongan Melaka, bersiap siaga, buat persiapan awal, bila-bila masa akan diumumkan pembukaan (sebaik capai 90 peratus).

SULAIMAN (dua dari kanan) dalam lawatannnya ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tehel berusia hampir 50 tahun hari ini.

“Itu bergantung itu bergantung kepada jawatankuasa (COVID-19) di peringkat pusat, kalau dia kata boleh buka, dia beri tarikh, katakan diumumkan tiga hari lagi akan dibuka dan masa itu kita dah bersedia.

“Malah dua minggu lepas saya dah minta semua sektor industri pelancongan bersiap sedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) pada Program Lawatan Ziarah Kasih sekitar Tehel bagi mendekati masyarakat kampung bersama beberapa pemimpin rakyat dan agensi negeri.

Hadir sama dalam program berkenaan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I merangkap Ahli Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Wira Ghazale Mohamad.

ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat, Pegawai Daerah Jasin, Rahizi Ranom, Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri, Datuk Muhamad Ahyad Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

813
Kongsi :
Previous post Melaka mohon RM10j bina Kompleks Ilmu Kampung Tehel
Next post JAPERUN Pantai Kundor dibuka Isnin, ADUN beransur sihat
Ubah saiz-+=