Sorting by

×

Sektor pelancongan kembali rancak dengan kerajaan baharu

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PENGKALAN BATU 26 November –  Sektor pelancongan negara dijangka kembali melonjak terutamanya dengan kedatangan pelancong luar negara selepas pembentukan kerajaan baharu.

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, pada waktu ini pihaknya akan meneruskan semua perancangan yang sudah diatur bagi membantu menggalakkan lagi industri itu.

“Sebagai agensi kerajaan kita akan meneruskan perancangan sedia ada yang sudah dirancang, contohnya menggalakkan lagi rakyat Malaysia melancong termasuk mengadakan promosi antarabangsa.

“Malah kehadiran dan keyakinan pelancong juga bergantung kepada keadaan semasa. Selain itu kita juga sudah mulakan promosi secara fizikal di pameran-pameran utama antarabangsa.

“Penerbangan antarabangsa juga mula kembali bertambah, misalnya dengan ‘availability’ penerbangan Eropah dan Timur Tengah dalam tempoh sebulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Cuti-Cuti Malaysia (JJCM) Roadshow 2022, di Taman Lagenda, di sini, hari ini.

Sementara itu, Iskandar Mirza berkata, untuk lapan siri jerayawara tahun ini pihaknya menyasarkan mampu meraih kutipan kira-kira RM10 juta.

“Siri jelajah di tujuh negeri sebelum ini antaranya Johor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Perak berjaya mencecah RM8.03 juta.

“Dan untuk keseluruhan lapan siri jerayawa ini yang lokasi terkahir di Melaka kita jangkan akan cecah kira-kira RM10 juta,” katanya,” katanya.

Menurutnya, dalam siri jelajah ini selain jualan pakej pelancongan, orang ramai yang hadir ke JJCM Roadshow 2022 di Melaka akan dapat menyaksikan demonstrasi penyajian nasi ulam dan pucuk paku, persembahan tarian kebudayaan serta kuiz pelancongan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1786
Kongsi :
Previous post Produk warisan perlu diberi pendedahan meluas kepada anak muda
Next post Pasangan suami isteri ditahan disyaki tikam warga emas
Ubah saiz-+=