Sorting by

×

SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

AYER KEROH 21 Disember – Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran pasaran produk dan perkhidmatan halal menjangkau USD5 trilion menjelang tahun 2030.

Hasrat itu dizahirkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang optimis menyokong pertumbuhan industri halal di negeri ini.

Menurut beliau, buat masa ini Melaka telah merekodkan lebih 300 syarikat dan produk halal yang diiktiraf Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat hasil pelbagai inisiatif dan strategi yang dirangka Kerajaan Negeri.

“Saya menjangkakan, rekod ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa kerana Kerajaan Negeri optimis merencana pelbagai usaha bagi melonjakkan industri halal ke arah pertumbuhan inklusif sekali gus menyediakan pelbagai perkhidmatan halal untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

“Kerajaan Negeri benar-benar komited memastikan Melaka dijadikan sebagai hab industri halal yang menerajui semua produk halal di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF’24) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Md Shameem Ahsan; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Menurut beliau, usaha itu berada di landasan tepat memandangkan Melaka mempunyai syarikat industri halal pertama beroperasi di Malaysia iaitu Melaka Halal Hab.

Ujar beliau, Melaka Halal Hab bertujuan membantu pembangunan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di Negeri Melaka dan memantau pengeluaran barangan halal.

“Kalau dahulu, industri halal lebih sinonim dengan sektor minuman dan makanan, namun kini ia telah mencakupi pelbagai sektor termasuklah farmaseutikal, kosmetik, perbankan, pelancongan dan logistik.

“Justeru, Kerajaan Negeri optimis menyokong pertumbuhan industri halal di negeri ini untuk terus diperkasa dengan melibatkan lebih banyak penyertaan industri halal, misalnya, memperkukuh infrastruktur logistik, meningkatkan kemudahan bagi pelabur asing serta menggalakkan inovasi dalam industri halal,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

92
Kongsi :
Previous post INISIATIF PERJUANG NASIB OKU DI MELAKA TIADA TITIK NOKTAH
Next post LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
Ubah saiz-+=