
Sekolah dibuka 3 Oktober, kecuali di negeri Fasa 1 PPN sekolah ditutup – Radzi Jidin
AYER KEROH 15 Ogos – Pembukaan semula sekolah yang sepatutnya dijadualkan 1 September ini dilewatkan kepada 3 Oktober ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau bagaimanapun berkata, pembukaan itu dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.
“Berdasarkan penelitan semasa, Kementerian Pendidikan (KPM) telah buat ketetapan bahawa pembukaan semula sekolah dilewatkan sedikit ke tarikh 3 Oktober 2021
“Perincian mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat.
“Namun seperti mana saya nyatakan di awal tadi, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi pengumuman menerusi rakaman video berdurasi 12 mint 36 saat di Facebook rasminya sebentar tadi.
“Saya harap, harap penjelasan ini dapat meredakan kebimbangan ibu bapa tetang pembukaan semula,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...