Sorting by

×

SEGERAKAN PEMBINAAN HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 25 April – Pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Melaka yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan berjumlah RM699 juta perlu disegerakan.

Perkara itu mendapat perhatian Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam memandangkan projek tersebut yang telah diluluskan sejak tahun 2022 yang lalu sehingga kini masih belum ditender.

“Saya berharap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat menyegerakan pembinaan projek yang mustahak ini.

“Ini kerana ia merupakan satu projek yang membawa manfaat cukup besar untuk golongan sasar sekali gus mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak bakal menempatkan sebanyak 746 katil dan dibina di kawasan kolej jururawat pertaa negara yang terletak bersebelahan Hospital Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

321
Kongsi :
Previous post 90 INISIATIF BUKTI KOMITMEN KERAJAAN MELAKA UNTUK RAKYAT
Next post MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PENGANJURAN ACARA BERTARAF KEBANGSAAN