Segerakan bina balai bomba baharu di Asahan jika menang – Shahril
SELANDAR 13 November – Pembinaan balai bomba baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan mudah dilaksanakan sekiranya mandat diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan.
Menurut Shahril, jika wakil rakyat di Parlimen adalah orang yang ‘sama arus’ dengan kesemua lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Gadek, Durian Tunggal, Rembia dan Machap Jaya. di bawah Parlimen Alor Gajah itu lebih mudah beliau melaksanakan perancangan itu.
Jelasnya, balai bomba baharu itu nanti mampu memendekkan lagi tempoh bertindak kes kecemasan yang dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.
“Kalau ada balai bomba baharu nanti masa JBPM bertindak lebih cepat, kerana Balai Bomba berhampiran adalah di Jasin, hendak ke Asahan seterusnya ke Pekan Selandar mengambil masa 30 minit untuk sampai.
“Jadi saya harapkan dengan memilih saya sebagai ‘Yang Akan Berkhidmat’ di Parlimen Alor Gajah, pelbagai perancangan untuk membangunkan kawasan ini dapat direalisasikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri
Pertandingan Mewarna Keluarga Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Selandar, di Dewan Hang Katsuri, di sini hari ini.
Hadir sama, EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri merangkap Adun Machap Jaya, Ngwe Hee Sem dan Adun Asahan, Fairul Nizam Roslan
Dalam program tersebut, kira-kira lebih 200 kehadiran orang awam dengan 72 penyertaan dari kanak-kanak dalam pertandingan tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.