Sorting by

×

Segerakan bantuan kepada mangsa ribut di Rembia

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

REMBIA 6 November – Sebanyak 29 keluarga di beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia terjejas akibat ribut, Sabtu lalu.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, bencana ribut itu melibatkan sembilan keluarga di Air Mentagor, dua keluarga di Gajah Mati dan tiga keluarga di Taman Awan Biru.

Berikutan kejadian itu, katanya beliau memohon Pejabat Daerah dan Tanah Jasin supaya menyegerakan tuntutan bantuan bencana ribut bagi membantu 29 keluarga yang terjejas.

“Kejadian berlaku pada 4 November (Sabtu), ketika itu saya hadiri program di DUN Asahan, lebih kurang jam 6.30 petang saya dapat makluman menerusi ‘group whatsapp’ bahawa terdapat beberapa rumah telah dilanda ribut.

“Selesai ziarah kasih rumah terakhir selepas Maghrib saya terus ke Kampung Sungai Petai dan dapati ketika itu memang ada rumah yang berlaku kerosakan termasuklah beberapa kawasan lagi selepas disiasat oleh penduduk kampung.

“Kebanyakan yang rosak adalah bumbung rumah penduduk yang tercabut ditiup angin kencang, saya sudah minta pejabat daerah mengedarkan borang bantuan bencana pada Ahad (semalam) bagi memastikan semua tuntutan mangsa dapat disegerakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu Fairul Nizam turun padang bagi mengadakan lawatan melihat keadaan mangsa-mangsa ribut yang terlibat bagi memberi kata-kata semangat dan tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1429
Kongsi :
Previous post Terima kasih ceriakan Deepavali kami
Next post MARA teliti keperluan naikkan kadar biasiswa
Ubah saiz-+=